Make your own free website on Tripod.com

DOA RASMI SEKOLAH

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM

PADA DI PAGI YANG KUDUS INI KAMI BERMOHON KAU BUKAKANLAH PINTU HATI KAMI, IBUBAPA KAMI, GURU-GURU KAMI SUPAYA MUDAH MENERIMA NUR DAN HIDAYAH MU BAGI KAMI MENGEJAR DAN MEMPERJUANGKAN CITA-CITA KAMI.

YA ALLAH YA TUHAN KAMI,

ENGKAU JADIKANLAH PERMULAAN HARI NIN SEGALA KEBAIKAN BAGI KAMI DAN AKHIRILAH HARI INI DENGAN SEGALA KECEMERLANGAN BAGI KAMI, ENGKAU JADIKANLAH HARI BAGI KAMI LEBIH BAIK DARI SEMALAM DAN ENGKAU JADIKANLAH HARI ESOK BAGI KAMI LEBIH BAIK DARI HARI INI.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM,

KAMI DENGAN RASA TAWADHU' MEMOHON PERLINDUNGAN DARI MU DARI SIFAT ALPA DAN PUTUS ASA, DAN SIFAT PENAKUT DAN BAKHIL DAN SEGALA SIFAT KEJI YANG ENGKAU TIDAK REDHAI.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM,

ENGKAU SATUKANLAH HATI-HATI KAMI, ENGKAU TINGKATKANLAH KEIMANAN DAN KETAQWAAN KAMI, ENGKAU BERSIHKANLAH HATI KAMI, ENGKAU TAMBAHKANLAH ILMU KAMI, ENGKAU PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMI, ENGKAU RINGANKANLAH BEBANAN KAMI DAN ENGKAU KUATKANLAH KEYAKINAN DAN ILTIZAM KAMI.

YA ALLAH YA RABBAL'ALAMIN

DI PAGI INI JUA KAMI MENADAH KEDUA-DUA BELAH TANGAN INI MEMOHON RESTU DARI MU AGAR DIAMPUN SEGALA DOSA KAMI, DOSA IBU BAPA KAMI, DOSA GURU-GURU KAMI KERANA KAMI SENTIASA MENZALIMI DIRI KAMI INI SENDIRI DAN BERIKANLAH KEPADA KAMI PETUNJUK DAN HIDAYAH MU SEMOGA KAMI AKAN SENTIASA MEMATUHI SEGALA AJARAN MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN MU

WALHAMDULILLAHIRABBIL'ALAMIN


| Indeks Saina | Sejarah Sekolah | Sekolah Berasrama Penuh | Logo Saina | Pelajar Saina | Lagu Sekolah | Asrama Saina | Links | Guru Saina | Webmaster Saina | Doa Rasmi | Akademik Saina | Lokasi Saina | Tokoh Sekolah | Bendera Sekolah | Piagam Sekolah | Penghargaan Saina | Kata-Kata Aluan Pengetua | SM Sains Pokok Sena |