Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah perkenanNya kita dipertemukan di ruangan ini. Saya mengambil kesempatan ini "Selamat Bertemu dan Terima Kasih ."

Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Kedah Darul Aman adalah salah sebuah sekolah dalam Sistem Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebagai sekolah berasrama penuh, SMSPS mempunyai Visi dan Misi untuk menjadinya sebagai pusat kecemerlangan ilmu di negara ini. Ini disemarakkan lagi, apabila SMSPS akan menjadi Sekolah Bestari pada 1999 nanti. Saya percaya, semua warga SMSPS akan berbangga dan bekerja keras serta berusaha bersungguh-sungguh bagi mendaulatkan hasrat murni Unit Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia....Menjadikan SBP sebagai "Centre of Excellence..." selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sebagai sekolah yang baru berumur setahun jagung, kita sedang berusaha dan akan terus berusaha untuk menjadikan SMSPS di antara sekolah-sekolah yang tebaik di Malaysia; ibarat kata "Berdiri Sama Tinggi dan Duduk Sama Rendah." Sehingga kini, saya amat berbangga dengan kejayaan yang dicapai oleh sekolah; baik kejayaan dalam bidang akademik, mahupun pencapaian dalam kegiatan kokurikulum dan pembinaa sahsiah. Kita berharap semua kejayaan yang dicapai ini akan terus dapat dikekalkan disamping berusaha memperbanyak dan mempertingkatkannya lagi, semoga SMSPS sentiasa cemerlang.

Sementara itu, saya berharap dengan terlancarnya 'HOMEPAGE SMSPS' ini, akan menyuntik semangat baru di kalangan warga sekolah bagi merintis dan menempah kejayaan demi kejayaan pada masa hadapan. Justeru, SMSPS akan terkenal dan dikenali di sarwajagat. Oleh itu, saya menyeru kepada semua warga SMSPS, marilah bersama-sama kita menggembling tenaga, bersatu hati, membulat tekad, bekerjasama dan bermaufakat serta berusaha bersungguh-sungguh agar matlamat kita akan terlaksana dan kecemerlangan sentiasa di sisi. Dalam hal ini, saya juga mengharapkan sokongan dan dorongan berterusan dari pelbagai pihak termasuk ibu bapa, orang perseorangan, sektor korperat, syarikat-syarikat dan lain-lain pihak yang boleh membantu.

Dengan yang demikian, saya berharap, yakin dan percaya bahawa SMSPS akan terus berjaya menghasilkan pelajar-pelajar yang seimbang kecemerlangannya dan mampu nanti menjadi agen perubahan dalam masyarakat sekali gus dapat merealisasikan wawasan negara untuk mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020. Insyaallah............

POKOK SENA.....
.....Akar mencengkam bumi
..........Pucuk menjulang tinggi melangit
...............Bunga harum segar penyeri hidup



Encik Khalid Bin Dan
Pengetua,
Sek. Men. Sains Pokok Sena.


| Indeks Saina | Sejarah Sekolah | Sekolah Berasrama Penuh | Logo Saina | Pelajar Saina | Lagu Sekolah | Asrama Saina | Links | Guru Saina | Webmaster Saina | Doa Rasmi | Akademik Saina | Lokasi Saina | Tokoh Sekolah | Bendera Sekolah | Piagam Sekolah | Penghargaan Saina | Kata-Kata Aluan Pengetua | SM Sains Pokok Sena |