Make your own free website on Tripod.com
Sejarah Sekolah



PENDAHLUAN

Sekolah Menengah Sains Pokok Sena adalah sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang ditubuhkan di bawah pengurusan dan pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia. Penubuhannya adalah selaras dengan matlamat dan dasar negara yang bertujuan melahirkan golongan cendiakawan yang bakal mewarisi negara Malaysia.

BILAKAH SMSPS DIASASKAN?

Sekolah Menengah Sains Pokok Sena siap dibina pada pertengahan tahun 1995. Pada masa itu pengurusan SMSPS dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman yang diamanahkan oleh Unit Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pendidikan Malaysia.

LOKASI SMSPS

Sekolah Menegah Sains Pokok Sena telah dibina di satu kawasan di kilometer 20 sebelah kiri jalan utama dari Alor Setar, menghala ke Kuala Nerang, Kedah. Bangunan-bangunan yang didirikan meliputi bangunan pentadbiran, bilik darjah, perpustakaan, makmal sains, bengkel kemahiran hidup, Dewan Sri Angsana, kantin sekolah, asrama putera dan puteri, dewan makan, Surau Al-Fatanah, dan lain-lain dimana semua bangunan-bangunan tersebut terletak di kawasan tanah seluas 50 ekar.

PEGAWAI YANG MULA BERTUGAS DI SMSPS

Pada 1hb. Disember 1995 Penolong Kanan En. Muhamad Hasnan bin Hasan mula datang melaporkan diri di SMSPS melalui Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman. Sebelum itu En. Muhamad Hasnan bertugas di SBP, Sekolah Menengah Sains Muar, Johor.

Pada tarikh yang sama juga iaitu 1hb. Disember 1995 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Ismail bin Haji Bakar datang melaporkan diri di SMSPS melalui Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman. Sebelum itu beliau bertugas di Sekolah Menengah Tunku Panglima Besar, Kulim, Kedah.

Bagi melengkapkan pentadbiran sekolah, pada 15 hb. Disember 1995, En. Khalid bin Dan melaporkan diri untuk menjalankan tugas rasmi sebagai Pengetua di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena melalui Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman. Sebelum itu, En. Khalid bin Dan berasal dari SBP, Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheikh Shahabudin, Bukit Mertajam Seberang Perai, Pulau Pinang. Semua pegawai-pegawai di atas adalah lantikan bahagian Sekolah-sekolah Berasrama Penuh.


| Indeks Saina | Sejarah Sekolah | Sekolah Berasrama Penuh | Logo Saina | Pelajar Saina | Lagu Sekolah | Asrama Saina | Links | Guru Saina | Webmaster Saina | Doa Rasmi | Akademik Saina | Lokasi Saina | Tokoh Sekolah | Bendera Sekolah | Piagam Sekolah | Penghargaan Saina | Kata-Kata Aluan Pengetua | SM Sains Pokok Sena |