Sek. Berasrama Penuh

Sekolah Berasrama Penuh



Keterangan Logo

Tiga rangkaian abjad yang bercantum melambangkan satu landasan yang kukuh


Pecahan Huruf "S" sebgai satu fokus berpusat di sekolah untuk menjamin pembangunan bersepadu iaitu kecemerlangan ilmu


Menyediakan sumber tenaga manusia yang berketampilan dan mempunyai daya saing yang tinggi


Poligan yang selaras melambangkan sains dan matematik


Warna biru melambangkan sikap positif terhadap ilmu dan pengamalannya sepanjang hayat


Warna kuning melambangkan kemampuan sahsiah pelajar, berdedikasi, berdisiplin, bertanggungjawab, produktif, jujur, berbudi luhur, amanah dan berhemah tinggi


Warna merah melambangkan guru sebagai pemimpin kepada kepada bakal-bakal pemimpin yang mempunyai visi dan misi yang jelas untuk melahirkan pemimpin yang bersikap tegas, berani, toleransi dan bijaksana


Warna putih melambangkan kejituan semangat patriotik, penyatuan matlamat, idea dan amalan ke arah pencapaian wawasan




Falsafah Sekolah Berasrama Penuh

PENDIDIKAN DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH ADALAH SUATU USAHA BERTERUSAN BAGI MENYEDIAKAN SUASANA PERSEKOLAHAN DAN PEMBELAJARAN YANG TERANCANG, TERKAWAL DAN SEMPURNA UNTUK MEMUPUK DAN MEMPERKEMBANGAKAN KEBOLEHAN PELAJAR-PELAJAR BERPONTENSI KE ARAH KECEMERLANGAN SEBAGAI INSAN DAN WARGANEGARA YANG SEIMBANG DAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP TUNTUTAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.
Matlamat Sekolah Berasrama Penuh

1. Mewujudkan peluang untuk pelajar yang berpotensi terutamanya dari kawasan dari luar bandar bagi mendapatkan pendidikan denagan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif.

2. Memperbanyakkan peluang pelajar bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara.

3. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat.

4. Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia.

5. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemampanan sahsiah yang mampu menghadapi alam remaja.

6. Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SBP supaya dapat menghayati matlamat kecemerlangan SBP.

7. Mewujudkan warga SBP yang mengamalkan budaya penyayang.

8. Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan pelajar SBP.

9. Menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat menguruskan kerja-kerja dengan cekap, pantas, tepat dan bijaksana.

10. Menjayakan program pendidikan menengah yang berorientasikan sains bagi mewujud tuntutan wawasan 2020.


| Indeks Saina | Sejarah Sekolah | Sekolah Berasrama Penuh | Logo Saina | Pelajar Saina | Lagu Sekolah | Asrama Saina | Links | Guru Saina | Webmaster Saina | Doa Rasmi | Akademik Saina | Lokasi Saina | Tokoh Sekolah | Bendera Sekolah | Piagam Sekolah | Penghargaan Saina | Kata-Kata Aluan Pengetua | SM Sains Pokok Sena |